Yuri Zhirkov
Yuri Zhirkov

Yuri Zhirkov

† Kemunculan (Gol).
Yuri Valentinovich Zhirkov (lahir 20 Ogos 1983 di Tambov) adalah seorang pemain bola sepak untuk kelab Chelsea F.C. dan pasukan kebangsaan Rusia. Beliau bermain di posisi sayap kiri. Zhirkov juga boleh bermain di keduudkan pertahanan kiri.Zhirkov memulakan kerjanya dengan kelab Rusia, Spartak Tambov sebelum disambar oleh kelab CSKA Moscow. Zhirkov berjaya menarik perhatian Chelsea F.C. yang telah membelinya pada 6 Julai 2009 dengan harga £18 juta. Beliau menandatangani kontrak selama 4 tahun. Sehingga kini, Zhirkov memegang rekod sebagai pemain Rusia paling mahal mengatasi rakan senegaranya yang lain seperti Andrei Arshavin (Arsenal F.C.), Roman Pavlyuchenko (Tottenham Hotspur F.C.) dan Diniyar Bilyaletdinov (Everton F.C.). Pada kemunculan sulungnya bersama Chelsea, Zhirkov telah menunjukkan aksi cemerlang dengan menjaringkan gol kemenangan ketika menentang A.C. Milan dalam satu perlawanan persahabatan. Tetapi malang bagi Zhirkov, kecederaan lutut ketika aksi pra-musim memaksanya berehat sehingga suatu tempoh. Zhirkov masih belum membuat walau satu pun kemunculan dalam Liga Perdana Inggeris bersama Chelsea F.C.Namun, pada musim 2009-10 beliau telah membuat kemunculan pertamanya di Liga Perdana Inggerisketika Chelsea F.C. menang 2-1 menentang Fulham pada 27 disember.

Rujukan

WikiPedia: Yuri Zhirkov http://www.chelseafc.com/page/PlayerProfileDetail/... http://www.fifa.com/worldfootball/statisticsandrec... http://soccernet.espn.go.com/player/_/id/43733/yur... http://origin-www.premierleague.com/page/PlayerPro... http://uk.soccerway.com/players/yuri-zhirkov/4584/ http://www.uefa.com/teamsandplayers/players/player... http://web.archive.org/web/20110630065039/http://w... http://news.bbc.co.uk/sport2/shared/bsp/hi/footbal... https://commons.wikimedia.org/wiki/Category:Yuri_Z...